Khamis, 15 Disember 2011

Family Day


Berbasikal
Pada 10 Disember 2011, Sabtu lepas telah berlangsung 'Family Day' bagi Palapes Udara UIAM yang telah dijayakan oleh Kelab Afri. Pelbagai acara telah dijalankan antaranya duathon iaitu berbasikal sebanyak 2 pusingan dan seterusnya berlari mengelilingi kawasan UIA.
Acara diteruskan lagi dengan berkayak di tasik Maryam. Permainan tradisional juga turut diadakan antaranya trompah gergasi dan boling biji kelapa. Acara-acara ini turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kehormat Palapes Udara. 

Keluarga Palapes Udara UIAM
Terakhir sekali adalah penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan cenderahati kepada pegawai-pegawai serta jurulatih yang hadir memeriahkan program. Walaupun agak kepenatan, namun riak wajah gembira jelas terpancar pada semua yang menyertai. Diharap program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang agar ukhuwwah dan semangat perpaduan antara anggota dan pegawai serta jurulatih bertambah erat.
Berbasikal dua 'round' UIA

Berkayak di tasik Mahallah Maryam

Tenggelam

Penuh gaya

Kehadiran Pegawai Kehormat turut memeriahkan suasana

Ujian kestabilan

Trompah Gergasi
'Winner of the day'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan